Monday, November 12, 2012

DAH JADI IPAR DAH....NAK WAT CAMNE...HORMATILAH MEREKA.

Salam...lama rasanya tidak berkesempatan untuk bersembang dilaman saya ni....Oleh kerana masa yang terbatas dengan tugas melayan keluarga apatahlagi anak2 sibuk menghadapi peperiksaan masing2...Harap2 anak2 akan mendapat keputusan yang cemerlang....Mari kita renungkan hubungan keluarga yang kita jalinkan antara adik beradik mahupun ipar duai kita BAIK ke?...harap2 baik yea....apa yang saya nak kongsikan bersama perlunya kita menjaga hubungan yang baik bersama ipar2 kita...tak kira la...kakak ipar ke...abang ipar ke...adik ipar lelaki ke...mahupun adik ipar perempuan.  kalau hubungan ni kita jaga InsyaAllah silaturahim yang terjalin akan merapatkan hubungan anak kita nanti....kalau ada tembok pemisah antara kita dan ipar2 pasti anak2 kita tidak akan mesra bersama sepupu2 mereka...betul tak?...Mereka akan memilih nak rapat dengan sepupu yang mana satu....bila berjumpa masing dengan hal masing2 tidak ada kemesraan mahupun gurau senda sesama mereka.....rugi kan....Apa yang saya perhatikan generasi muda masa kini kalau mereka berkahwin ada yang lupa untuk memelihara hubungan baik sesama ipar...siap masam muka lagi pada kakak atau abang sendiri mahupun kakak ipar ataupun abang ipar mereka. Tiada rasa hormat terhadap mereka....kalau kita sebagai adik apa salahnya kita beralah pada yang tua sebagai tanda hormat budi bahasa kita pada yang tua...janganlah menyindir2 pada mereka abang ipar mahupun kakak ipar kita.....ketahuilah kalau kia memperlakukan mereka begitu tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan diperlakukan begitu. Apa salahnya kita bersyukur atas apa yang kita sekeluarga dapat dan menerima kekurangan mereka dengan lapang dada dan berdoalah moga Allah sentiasa membantu kita memelihara hubungan yang baik sampai bila2  jadilah adik2 ipar yang baik doakan kebahagian abang atau kakak kita bukannya mengutuk mengeji mengata atas kekurangan ipar2.  Pada Mak dan Ayah perhati2kan lah hubungan baik tersebut jangan kita wat pekak telinga je kalau anak2 kita memperlakukan ipar2 sedemikian rupa...nasihat dan teguran serta tunjukajar yang baik dapat membantu merapatkan kembali hubungan baik InsaAllah....Okay hingga jumpa lagi.  Musim kenduri kendara ni ramai le yg dapat ipar....jadi sila2kan lah beramal yea.